Berhenti isi borang yang sama berulang kali.

LinkedInAuto cari kerja Easy Apply yang padan dengan carian anda dan apply secara automatik setiap hari. AI jawab soalan borang terus dari resume anda.

Tiada kontrak. Berhenti bila-bila masa.

Cara ia berfungsi

1

Simpan carian

Cari kerja di LinkedIn macam biasa, tekan 🔁 Simpan carian ni. Boleh simpan sampai 10 carian.

2

Tetapkan jadual

Pilih hari dan waktu (cth. Isnin–Jumaat, 9pg–6ptg). Extension akan jalan sendiri dalam window berasingan.

3

Apply automatik

Setiap job Easy Apply baru diisi guna profil, answer bank dan AI, lalu dihantar dengan jarak masa macam manusia.

🤖 AI jawab soalan

"Berapa tahun pengalaman Python?" AI kira dari resume anda dan simpan jawapan untuk lain kali. Tak pernah reka pengalaman.

📝 Resume & cover letter

AI tulis semula resume dan cover letter khusus untuk setiap job, dan beri skor kesesuaian 0–100.

📊 Dashboard

Jejak semua permohonan: applied, interview, offer. Lihat soalan mana yang perlu jawapan anda.

Harga

Standard
RM49/30 hari
  • Sehingga 10 apply automatik sehari
  • Carian & jadual auto tanpa had
  • 60 panggilan AI sehari (jawapan borang, resume, cover letter)
  • Dashboard penjejak permohonan
  • Bayar dengan FPX, DuitNow QR, e-Wallet atau kad
Daftar sekarang

Pasang extension Chrome

  1. Muat turun extension dan unzip (double-click) ke folder Documents. Jangan padam folder tu selepas pasang.
  2. Dalam Chrome, buka chrome://extensions
  3. Hidupkan Developer mode (penjuru kanan atas)
  4. Klik Load unpacked dan pilih folder LinkedInAuto
  5. Klik ikon puzzle 🧩 kat toolbar, pin 📌 LinkedInAuto, klik ikonnya dan log masuk

Kalau Chrome tanya pasal "developer mode extensions", pilih Keep.

Soalan lazim

Adakah akaun LinkedIn saya selamat?

Automasi melanggar Terma Perkhidmatan LinkedIn, jadi risiko sekatan akaun sentiasa ada. Untuk kurangkan risiko, LinkedInAuto hadkan bilangan apply sehari, guna jarak masa rawak, dan jalan dalam browser anda sendiri (bukan server). Anda bertanggungjawab atas penggunaan akaun anda.

Perlu ke laptop sentiasa hidup?

Ya. Extension jalan dalam Chrome anda, jadi Chrome mesti terbuka dan laptop tidak tidur sepanjang waktu jadual.

Boleh guna untuk job bukan Easy Apply?

Tidak. Auto-apply hanya untuk job Easy Apply. Job lain masih boleh dijejak dan guna AI untuk resume/cover letter.

Adakah AI akan reka pengalaman saya?

Tidak. AI hanya guna maklumat dalam resume dan profil anda. Soalan yang AI tak pasti akan dihentikan untuk anda jawab sendiri (strict mode).

Macam mana nak berhenti langganan?

Tiada auto-debit untuk DuitNow QR. Langganan tamat sendiri jika tidak diperbaharui. Data anda kekal sehingga anda minta dipadam.

Perlukan bantuan?

Hubungi kami melalui emel.